Sunday, December 28, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H








DOA AWAL TAHUN

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serata salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Waktu Membacanya…Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.

AMIN…
WALLAHU’ALAM…

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430 H…
SMOGA SENTIASA DIDLM KEREDHAANNYA...
AMIN...
=)

Saturday, December 27, 2008

Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...

Jam menunjukkan pukul 1:49 petang. Ana baru sahaja usai solat Zuhur dan membaca Manzil. Di dalamnya terkandung ayat2 syifa' yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat ra.hum. Ana tak braper sihat hari ini sebenarnya. Namun, alhamdulillah sekarang ini sudah semakin baik. Dengan ketentuanNya, ana diuji ALLAH dengan sakit perut yang amat sangat. Yang menyebabkan ana terpaksa berulang alik ke tandas dalam keadaan yang amat kerap. Akhirnya, ana rasa terlalu lemah dan demam. Sebelum tidur semalam, ana makan panadol sebagai salah satu usaha yang dianjur oleh agama. Tapi sebelum itu, solat hajat telah ana lakukan mohon pertolongan dan kesembuhan daripada ALLAH yang menyebabkan kesakitan dan menyembuhkan setiap penyakit. Keyakinan penuh hanya kepada ALLAH harus dibina dalam hati sebagai tanda keimanan kepadaNYA. Yakinlah bahawa yang menyembuhkan adalah ALLAH dan ubat berhajat kepada ALLAH dalam memberi kesembuhan kepada sesiapa yang memakannya. ALLAH dalam pada untuk memberi kesembuhan kepada seseorang langsung tidak berhajat kepada ubat. Lailahaillallah!
Teringat ana kepada kisah yang terjadi kepada Nabi Musa a.s. Suatu ketika, Nabi Musa a.s. telah ditimpa sakit perut. Dengan anugerah ALLAH kepada Nabi Musa a.s. yang bersifat kalamullah, maka Nabi Musa a.s. mengadu kepada ALLAH, "Wahai ALLAH, aku sakit perut. Maka sembuhkanlah aku." Maka ALLAH telah memerintahkan kepada Nabi Musa a.s. untuk pergi ke suatu pohon dan makan daun pada pohon tersebut. Setelah itu, Nabi Musa a.s. telah pergi ke pohon tersebut dan makan daun pohon tersebut. Dengan izin ALLAH, sakit perut yang dialami Nabi Musa a.s. pun sembuh. Pada suatu ketika yang lain, Nabi Musa a.s. diserang sakit perut. Maka Nabi Musa a.s. terus kepada pohon yang lalu dan makan daunnya. Dengan kehendak ALLAH, sakit perut Nabi Musa a.s. tidak hilang, maka Nabi Musa a.s. terus mengadu kepada ALLAH mengenai keadaan dirinya. Maka berfirman ALLAH, "Dahulu, semasa kamu diserang sakit, kamu mengadu kepada Aku. Tapi sekarang, kamu terus kepada pohon berkenaan tanpa memohon kepada Aku." Begitulah tarbiah yang diberi oleh ALLAH kepada kekasihNYA. Lantaran itu, mohonlah kepada ALLAH yang Maha Berkuasa yang menciptakan penyakit dan menyembuhkannya.
Ana tidak dapat tidur lena kerana terpaksa berulang alik ke tandas semalaman. Terasa terlalu letih seluruh badan. Namun, ana tetap bersyukur kepada ALLAH kerana dengan kasihNYA kepadaku, DIA masih membangunkan ana awal pagi tadi untuk bermunajat dan mengadu kasih kepadaNYA. Kerana keadaan ana yang terlalu letih dan sakit, ana terpaksa bersolat secara duduk. Menitis jua air mataku kerana disaat ana kesakitan dan lemah seperti ini, kesempatan demi kesempatan masih diberi oleh ALLAH untuk ana bersamaNYA dikedinginan pagi. Alhamdulillah, syukurku terhadap kurniaMU kepadaku ya ALLAH...
Pagi tadi, ana telah mengajak housemateku Yusri untuk membawaku ke klinik. Tapi, oleh kerana hari ini adalah hari Ahad, semua klinik yang kami pergi tutup. Ana redha dengan ketentuanNya... Tapi alhamdulillah, saat ini, ana sudah semakin sihat, cuma nasi yang ana bungkus pagi tadi masih belum disentuh kerana biasala, orang sakit nie, seleranya kurengkan... =)