Saturday, January 23, 2010

Ya ALLAH, berikan kepadaku kekuatan.....


Alhamdulillah.... Allahuakhbar... terlalu lama jemari ini terhenti daripada menukilkan rasa di blog ini... sebenarnya, ia tak terhenti... cuma sekadar berehat daripada di publish... tapi hakikatnya, ia tersimpan di laptopku... namun, saat ini, aku rasa terpanggil untuk menukilkan sesuatu... sekadar meluahkan apa yang aku rasa... apa yang aku alami... apa yang aku hadapi... semoga dengannya, hilanglah segalanya yg kurasa, bertambah syukur atas segala yang masih ku ada, meningkatnya keinsafan sebagai seorang hamba....

Aku cukup terasa dengan 'anak2ku'... =) tapi tidaklah aku sampai membenci mereka... sebagai manusia, kadang2 aku terasa marah, tapi anehnya, aku memang terlalu mudah memaafkan mereka... mungkin kerana ku sedar, sebagai seorang mu'allim, doaku untuk mereka, mustajab disisiNYA... kerana itu, aku sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA agar apa yang aku terasa terhadap anak2 muridku, akan hilang terus daripada hatiku... kerana aku bimbang, kerana sedikit rasa dihati, mereka akan menerima balasan dan dosa daripadaNYA....

Pernah suatu ketika sewaktu aku baru mengenal erti seorang mu'allim, seorang berkata kepadaku, "jgn rapat atau sayang sangat ngan budak2... nanti ada yang naik kepala, nanti diorang takkan ingat pun kat kita...jadi, buat biasa2 jer...masuk kelas, mengajar...sudahlah..."... waktu itu, aku hanya tersenyum... =) dalam hati, aku memang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut...

Hari demi hari terus berlalu, kini sudah tahun ke-3 aku bergelar mu'allim... namun, ingatan tadi sentiasa bermain di fikiranku, terutama apabila ada 'anak2ku' yang buat aku terasa... tapi, hatiku tetap menafikan apa yang telah diingatkan kepadaku dahulu... biar sakit hatiku, biar sedih jiwaku, biar basah mataku, biar panjang leteranku... aku akan terus mengingati 'anak2ku' yang seakan sudah melupakanku... aku akan terus bersabar dengan segala kerenah mereka... aku akan terus tersenyum disebalik sakitnya hatiku... aku akan sentiasa memaafkan segala kesilapan yang mungkin dilakukan... aku tidak akan pernah penat memberi nasihat dan pelajaran... aku tidak akan pernah berhenti memberi peringatan dan pengajaran... kerana aku sedar, aku adalah mu'allim...

Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku juga sekalian mu'allim...