Wednesday, August 17, 2011

Anakku Soleh Solehah

Alhamdulillah.....hari ini berkesempatan lagi untuk sama-sama menghadiri musyawarah dakwah di Madrasah Tahfiz al-Quran di Batu 5, Kuantan sepertimana minggu-minggu yang sebelumnya... Begitu banyak takaza agama yang mesti disempurnakan.... Semoga ALLAH memilih kami semua untuk menyambut kesemua takaza ini dengan sebaiknya.... aaaminnn.....

Saat usai solat tarawih, ketika menanti Hj Zahar menyiapkan anaknya, Ayub al-Hafiz (insya'ALLAH...sekarang sedang mengikuti pengajian tahfiz al-Quran di madrasah Kubang Bujuk, Terengganu), Hafizudin bersuara, "Comel tengok budak-budak kecik pakai purdah!". Serentak dengan itu, aku terus berpaling kepada tabir canvas di bahagian luar tempat solat muslimah. Masya'ALLAH...benar kata Hafiz, begitu indah melihat anak-anak kecil 4-5 orang berjilbab dan berniqab hitam.... Aku fikir, mereka berumur bawah 12 tahun.... bayangkan...seketika kemudian, mereka semua menaiki basikal dan ada yang memboncengnya pulang ke rumah mereka barang kali... Subhanallah...betapa bertuahnya ibu-ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka... Aku tidak fikir mereka dipaksa berpakaian sedemikian.... kerana mereka masih anak2... tapi aku sangat yakin...inilah hasil tarbiah dan suasana dini yang hidup subur dalam rumah-rumah mereka... sebagaimana rumah-rumah sahabiah r.hum... bilamana agama yang sempurna hidup dalam rumah-rumah orang Islam, maka akan lahirlah hafiz-hafizah, alim-alimah, da'i-da'iyah, orang yang bertaqwa dan takutkan ALLAH....Subhanallah.... ~




Ya ALLAH....kurniakanlah kepadaku zuriat keturunan soleh solehah...dan hidupkanlah rumah kami sebagaimana rumah Rasulullah saw dan para sahabat r.hum... aaminnn.......

Monday, August 15, 2011

Tinta Ramadhan




~Hari ini sudah masuk hari yang ke 16 di bulan Ramadhan al Mubarak... bererti sudah sebanyak bilangan hari itu juga kita sudah menunaikan ibadah puasa, berbuka dan bersahur, seterusnya beribadah malam iaitu bertarawih di surau-surau atau di masjid-masjid, rumah ALLAH yang mulia di muka alam ini.... Namun, di malam ke 16 di suatu surau yang biasa kuhadiri untuk menunaikan solat 'isyak berjemaah seterusnya bertarawih, bilangan jemaahnya sudah banyak yang berkurangan... diri ini tidak terkejut dengan perubahan mendadak yang berlaku saban tahun ini, tapi kadang terasa sayunya hati hingga kadang kala, bergenang jua air mataku ini... Ya ALLAH, betapa lemahnya iman hamba-hambaMU ini.... Iman kami iman suasana... kerana ramai yang datang ke suarau/masjid, maka kami pun datang...kerana ramai yang bertukar-tukar juadah saat berbuka, maka kami juga menghulurkan sesuatu... kerana ramai yang kusyuk memegang dan mentilawah al-QUran, maka kami juga mengambilnya dan membacanya.... kerana ramai yang bersedeqah dan menderma, maka kami juga berbuat sedemikian... Kerana semua orang puasa, maka kami juga berpuasa... kerana semua orang menjaga akhlak dan diri mereka di bulan ini, maka kami pun melakukan hal yang sama....
Maka persoalannya, kita lakukan semua ini untuk siapa?? Kalian tahu jawapannya... Tepuk dada, tanyalah iman....

Ya ALLAH....di hari yang masih berbaki ini, jadikanlah kami orang yang istiqamah dalam amalnya... Berpuasa, berbuka, bersahur, menghulurkan juadah, bersedeqah, bertadarrus, solat, tarawih dan qiamullail serta segala ibadah yang kami laksanakan, biarlah hanya keranaMU... Terimalah segala amalan ini daripada hambaMU yang penuh dosa ini... dan Berikanlah kami kekuatan dalam melaksanakan segala ibadah kepadaMu bukan hanya pada bulan ini, tapi untuk selamanya sehingga sakaratul maut menjemputku... Ya ALLAH, kami rindukan syurgaMU.... Kami ingin bertemu denganMU... ~ <3 ALLAH