Sunday, November 13, 2011

...Khabar Darinya...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saat ini, 12.40 am..waktu di laptopku kelihatan... =) terasa ingin menulis sesuatu tentang kehidupan ini... hmm..... pada teman-teman Nazmi Jallil di FB, especially teman2ny di SMKAP, alhamdulillah...aku mendapat khabar daripadany...

“Wslm.sy dlm kem mtd..maaflah,sy xleh gune henpon la.sy perlu off.doakan sy ye.maaflah kalo bt ustz risau.arini bru stat tmdga.sume okey je.nnt sy msj lg”
13/11/2011 11:39:30 pm

Alhamdulillah...syukur kepada ALLAH atas mesej yg telah dia kirimkn itu... Smg ALLAH memudahkn sgala urusanny di sana... terpilih atau tidak, lulus atau tidak, itu bukan persoalanny..kerana bagiku...semuany telah ditetapknNYA... Hanya yg terbaik kupohon dariMU Rabbi.... 


           Macam mn aku boleh kenal ngan budak nie?? Huhu... =) panjang kalo nak cerita... tapi awalnya, melalui FB juga... Aku mula add Nazmi pada tarikh 28 Oct 2011, baru lagi kan??? Memang baru kenal..tapi rasa macam dah lama... Ukhuwah yang ALLAH titipkan antara kami sangat disyukuri...


Bukan soal banyak atau tidak yang perlu aku tahu tentang dirinya.... kerana dia sendiri  tidak pernah segan bercerita soal kehidupannya kepada aku... kerana bagiku...dia saudaraku dalam beragama... selamany dia tetap mulia disisi ALLAH SWT... kerana hanya DIA yang selayaknya menilai....     

(Update:12:21 pm 15.11.11)


Kumenerima khabarnya lagi...

“Salam..apa kabo ustz?Sy bru abis lthn brkumpulan.alhamdulillah, sumenya dibuat dgn baik.ada lg 3 ari lg.”

14/11/2011 05:10:51 pm
Ku telah reply mesej tersebut, tapi tiada reply kembali daripada dia... Aku faham...pasti ada sebab knapa dia tidak dapat membalas mesej aku... dan satu mesej daripadany itu sudah cukup menenangkn hatiku menanti berita daripadanya... Dan yang pasti, tidak sedikit pun doaku hilang utk kupanjatkan buat dirinya di sana....


Tuesday, November 8, 2011

Adikku; Syabab Pejuang




Adikku,
Andai semangat perwira mengalir dijiwamu
Teguhkan ia dengan iman yang kental
Kuatkan ia dengan sunnah yang diamal
kukuhkan ia dengan usaha dan doa

Adikku,
Jadilah sehebat Usamah Bin Zaid
Syabab 18 tahun berjiwa pejuang
Dipilih Rasul memimpin pasukan
Walau bersamanya ada Abu Bakar & Umar
Menentang Rom di medan perang…

Adikku,
Jadilah seberani Mu’az Bin Mu’awwiz
Tidak gentar di medan Badar
Merempuh kuffar mencari Abu Jahal
Ingin dibunuh penentang agama
Baginya falah atau syuhada’…

Adikku,
Jadilah sekuat Abdullah Bin Umar
Panggilan jihad disambut semangat
Bersama sahabat ke medan Khandaq
18 tahun umurnya dalam sejarah terpahat…

Adikku,
Muhammad al-Fateh, Sultan agung lagi beriman
Digelar Rasul sebaik raja & tenteranya
Dikala kecil sudah bertekad
Konstantinopel menjadi matlamat
Ditabal sultan diumur 19 tahun
2 tahun kemudian konstantinopel ditawan
Kerana azam yang tak pernah padam…

Adikku,
Tidak salah berjiwa pejuang
Tapi jangan kau tewas sebelum musuh datang
Tidak salah berjiwa pejuang
Tapi jangan kau tewas dengan nafsu yang bertandang
Tidak salah berjiwa pejuang
Tapi jangan tewas dengan bisikan durjana syaitan...

Pengemis Cinta Illahi
Perindu Syahid Abadi

041111 02:03am DKMS

Sunday, November 6, 2011

...Hamlatul Quran...



Adikku,
Allah memuliakan dirimu dengan al-Quran
Dibenak fikiran & hatimu tersimpan kalamullah
Pada jasadmu terzahir akhlak dan sunnah
Setiap bait bicaramu terhimpun hikmah

Dirimu meniti perjalanan seorang Hamlatul Quran
Disebut Rasul sebagai Ahlullah
Yang lebih layak menjadi Imam
Didahulukan pemakamannya oleh Rasul junjungan

Kerana dirimu…
Ibu dan ayah dimuliakan
Dipakaikan mahkota bersinar terang
Melebihi mentari di tengah siang

Al-Quran yang dibaca menjadi syafaat
Pembantu akrab dikala kiamat
Setiap huruf berganda pahala
Walau satu dinilai sepuluh

Adikku,
Jalan ini memang payah
Lebih sukar andai bersama dakwah
Tetapkan niatmu jangan bisa goyah
Kerana janjiNya pasti penuh hikmah

Teruskan perjuangan…!!


~Pengemis Cinta Illahi
Perindu Syahid Abadi~
2:16am 071111

Thursday, October 27, 2011

...Kumendamba IlmuMu...

 22 Oktober 2011 - Hari ini adalah kali kedua menjejakan kaki di sini.... Subhanallah...aman tempatnya... ada tasik yang cantik...persekitaran yang menarik... Masjid yg tersegam indah.... bestt jugak laa....!! 
Alhamdulillah.... kelas pertama bagi Modul pertama utk Sijil Pengajian al-Quran Tajwid Tatbiqi~
Untuk Modul ini, kelas dibimbing oleh UStazah Zainora... ex-student Darul Quran...sekarang menyambung Phd di UM dan merupakan pensyarah di taman ilmu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini...

Alhamdulillah...kelas berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah... kawan2 seperjuangan yang pelbagai lapisan umur membuatkn kami saling belajar... Untuk kelas yang pertama ini....kami diberi kenal asal usul pengajian tajwid... makhraj huruf2 alQuran.. dan secara ringkas tentang sistem penandaan dalam al-Quran rsam Uthmani yang mempunyai maksud tersendiri berkaitan dengan tajwid... seterusnya... menyempurnakan pembacaan dengan tajwid yang betul bagi surah al-Fatihah seorang demi seorang....

Thursday, September 15, 2011

Doa Selepas Berwuduk

Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni minat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.

 Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

 Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))



Wednesday, August 17, 2011

Anakku Soleh Solehah

Alhamdulillah.....hari ini berkesempatan lagi untuk sama-sama menghadiri musyawarah dakwah di Madrasah Tahfiz al-Quran di Batu 5, Kuantan sepertimana minggu-minggu yang sebelumnya... Begitu banyak takaza agama yang mesti disempurnakan.... Semoga ALLAH memilih kami semua untuk menyambut kesemua takaza ini dengan sebaiknya.... aaaminnn.....

Saat usai solat tarawih, ketika menanti Hj Zahar menyiapkan anaknya, Ayub al-Hafiz (insya'ALLAH...sekarang sedang mengikuti pengajian tahfiz al-Quran di madrasah Kubang Bujuk, Terengganu), Hafizudin bersuara, "Comel tengok budak-budak kecik pakai purdah!". Serentak dengan itu, aku terus berpaling kepada tabir canvas di bahagian luar tempat solat muslimah. Masya'ALLAH...benar kata Hafiz, begitu indah melihat anak-anak kecil 4-5 orang berjilbab dan berniqab hitam.... Aku fikir, mereka berumur bawah 12 tahun.... bayangkan...seketika kemudian, mereka semua menaiki basikal dan ada yang memboncengnya pulang ke rumah mereka barang kali... Subhanallah...betapa bertuahnya ibu-ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka... Aku tidak fikir mereka dipaksa berpakaian sedemikian.... kerana mereka masih anak2... tapi aku sangat yakin...inilah hasil tarbiah dan suasana dini yang hidup subur dalam rumah-rumah mereka... sebagaimana rumah-rumah sahabiah r.hum... bilamana agama yang sempurna hidup dalam rumah-rumah orang Islam, maka akan lahirlah hafiz-hafizah, alim-alimah, da'i-da'iyah, orang yang bertaqwa dan takutkan ALLAH....Subhanallah.... ~




Ya ALLAH....kurniakanlah kepadaku zuriat keturunan soleh solehah...dan hidupkanlah rumah kami sebagaimana rumah Rasulullah saw dan para sahabat r.hum... aaminnn.......

Monday, August 15, 2011

Tinta Ramadhan




~Hari ini sudah masuk hari yang ke 16 di bulan Ramadhan al Mubarak... bererti sudah sebanyak bilangan hari itu juga kita sudah menunaikan ibadah puasa, berbuka dan bersahur, seterusnya beribadah malam iaitu bertarawih di surau-surau atau di masjid-masjid, rumah ALLAH yang mulia di muka alam ini.... Namun, di malam ke 16 di suatu surau yang biasa kuhadiri untuk menunaikan solat 'isyak berjemaah seterusnya bertarawih, bilangan jemaahnya sudah banyak yang berkurangan... diri ini tidak terkejut dengan perubahan mendadak yang berlaku saban tahun ini, tapi kadang terasa sayunya hati hingga kadang kala, bergenang jua air mataku ini... Ya ALLAH, betapa lemahnya iman hamba-hambaMU ini.... Iman kami iman suasana... kerana ramai yang datang ke suarau/masjid, maka kami pun datang...kerana ramai yang bertukar-tukar juadah saat berbuka, maka kami juga menghulurkan sesuatu... kerana ramai yang kusyuk memegang dan mentilawah al-QUran, maka kami juga mengambilnya dan membacanya.... kerana ramai yang bersedeqah dan menderma, maka kami juga berbuat sedemikian... Kerana semua orang puasa, maka kami juga berpuasa... kerana semua orang menjaga akhlak dan diri mereka di bulan ini, maka kami pun melakukan hal yang sama....
Maka persoalannya, kita lakukan semua ini untuk siapa?? Kalian tahu jawapannya... Tepuk dada, tanyalah iman....

Ya ALLAH....di hari yang masih berbaki ini, jadikanlah kami orang yang istiqamah dalam amalnya... Berpuasa, berbuka, bersahur, menghulurkan juadah, bersedeqah, bertadarrus, solat, tarawih dan qiamullail serta segala ibadah yang kami laksanakan, biarlah hanya keranaMU... Terimalah segala amalan ini daripada hambaMU yang penuh dosa ini... dan Berikanlah kami kekuatan dalam melaksanakan segala ibadah kepadaMu bukan hanya pada bulan ini, tapi untuk selamanya sehingga sakaratul maut menjemputku... Ya ALLAH, kami rindukan syurgaMU.... Kami ingin bertemu denganMU... ~ <3 ALLAH