Wednesday, June 16, 2010

Sayangku...
Walau matamu tak pernah kutentang
Walau wajahmu mulia terpelihara
Walau kita tak pernah bersua
Apatah lagi menutur bicara...

Kerana....semuanya kita lakukan
Demi syariat yang terjaga
Demi agama yang dijunjung
Demi Rasul yang menjadi ikutan
Demi Allah yang kita sayang...

Kita sedar...
Dengan ketaatan akan adanya keberkatan
Dengan kepatuhan akan adanya keredhaan
Dengan penjagaan akan adanya kemuliaan
Itulah hikmah yang Dia janjikan...

Sayangku...
Majlis khitbah berlalu sudah
Termeterai janji terikat dua hati
Kini tiba pula walimah mulia
Dengan akad bakal disatu...

Semoga mahligai terbina indah
Bersama mawaddah dan rahmah
Semoga lahir zuriat berperibadi gah
Memperjuangkan Islam di jalan dakwah...

Ya ALLAH...
Engkau Maha Mengetahui segalanya yang terbaik buat kami...
Maka,
Jadikanlah kami hambaMu yang redha dan sabar atas ketentuan daripadaMu Rabbi
Jadikanlah kami hambaMu yang melihat pada setiap hikmah yang tersembunyi
Jadikanlah kami hambaMu yang taat berbakti...
Pada ibu bapa, keluarga, negara dan agama yang suci!

Ya Rahman Ya Rahim,
Restuilah ikatan ini...
Sebagaimana restuMu pada Rasulullah (s.a.w.) dan Khadijah (r.ha)
Kekalkanlah cinta kami demi cinta kepadaMu Illahi
Hingga ke akhirnya ke syurga firdausi...

Nukilan hati,
~Pengemis Cinta Illahi, Perindu Syahid Abadi~
100610 12:30 PM KUANTAN

Sunday, April 25, 2010

...Sukan...

...dah terlalu lama aku tak menukilkan sesuatu di sini...hakikatnya, banyak cerita yg hendak dikongsi, tapi, aku tak punya banyak kesempatan untk terus mengadap laptop dan mencoretkan sesuatu di sini...

Apapun, salam Assalamu'alaikum wrt wbt buat semua... syukur kepada ALLAH atas kesempatan ruang kehidupan yg masih berbaki... semoga kalian sentiasa dalam rahmatNYA..aaminnn...

minggu lepas, sekolah sibuk dengan aktiviti latihan sukan sebagai persediaan untuk karnival sukan tahunan SKMJ kali ke 4 2010...



Inilah wajah2 ceria anak2ku pasukan rumah HIJAU! =)










....untuk minggu nie pula, latihan stop untuk seketika...beri laluan untuk anak2 aku di tahun 6 untuk menduduki ujian P2, Majlis Guru-guru Besar DAerah Rompin yg akan bermula selasa nie... Good Luck 2 all of u! Semoga semuanya success dan lebih cemerlang daripada peperiksaan sebelum ini... UPSR dah tak lama...aku pulak yg dah mula risau...tapi, anak2 aku tahun nie, tak der semangat langsung! Ya ALLAH, bantulah mereka...

Saturday, January 23, 2010

Ya ALLAH, berikan kepadaku kekuatan.....


Alhamdulillah.... Allahuakhbar... terlalu lama jemari ini terhenti daripada menukilkan rasa di blog ini... sebenarnya, ia tak terhenti... cuma sekadar berehat daripada di publish... tapi hakikatnya, ia tersimpan di laptopku... namun, saat ini, aku rasa terpanggil untuk menukilkan sesuatu... sekadar meluahkan apa yang aku rasa... apa yang aku alami... apa yang aku hadapi... semoga dengannya, hilanglah segalanya yg kurasa, bertambah syukur atas segala yang masih ku ada, meningkatnya keinsafan sebagai seorang hamba....

Aku cukup terasa dengan 'anak2ku'... =) tapi tidaklah aku sampai membenci mereka... sebagai manusia, kadang2 aku terasa marah, tapi anehnya, aku memang terlalu mudah memaafkan mereka... mungkin kerana ku sedar, sebagai seorang mu'allim, doaku untuk mereka, mustajab disisiNYA... kerana itu, aku sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA agar apa yang aku terasa terhadap anak2 muridku, akan hilang terus daripada hatiku... kerana aku bimbang, kerana sedikit rasa dihati, mereka akan menerima balasan dan dosa daripadaNYA....

Pernah suatu ketika sewaktu aku baru mengenal erti seorang mu'allim, seorang berkata kepadaku, "jgn rapat atau sayang sangat ngan budak2... nanti ada yang naik kepala, nanti diorang takkan ingat pun kat kita...jadi, buat biasa2 jer...masuk kelas, mengajar...sudahlah..."... waktu itu, aku hanya tersenyum... =) dalam hati, aku memang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut...

Hari demi hari terus berlalu, kini sudah tahun ke-3 aku bergelar mu'allim... namun, ingatan tadi sentiasa bermain di fikiranku, terutama apabila ada 'anak2ku' yang buat aku terasa... tapi, hatiku tetap menafikan apa yang telah diingatkan kepadaku dahulu... biar sakit hatiku, biar sedih jiwaku, biar basah mataku, biar panjang leteranku... aku akan terus mengingati 'anak2ku' yang seakan sudah melupakanku... aku akan terus bersabar dengan segala kerenah mereka... aku akan terus tersenyum disebalik sakitnya hatiku... aku akan sentiasa memaafkan segala kesilapan yang mungkin dilakukan... aku tidak akan pernah penat memberi nasihat dan pelajaran... aku tidak akan pernah berhenti memberi peringatan dan pengajaran... kerana aku sedar, aku adalah mu'allim...

Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku juga sekalian mu'allim...