Sunday, March 18, 2012

~Rehlah Mahabbah~

24hb Februari (jumaat), safarku bermula lagi. Memulakan perjalanan agak lewat selepas makan tengah hari (waktu masih pagi sebenarnya waktu tue.. =). Alhmdulillah..berhenti untuk solat Jumaat & jama' bersama solat 'Asar di Masjid Sultan Muhriz, Bandar Sri Jempol. Kereta saya paling awal tiba di perkarangan masjid. Waktu tu masih awal, jadi sempat juga kailullah... Subhanallah...



Meneruskan safarku ke Kuala Lumpur. Tapi, masih sempat membeli dadih yang dijual di luar pagar masjid. Alhamdulillah...
Akhirnya, aku tiba di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Menanti & menunggu adikku, Sairul yang sudah lebih 2 tahun tidak berjumpa kerana terpisah dek jarak dan waktu. Terimbau aku pada kenangan lalu... Kali pertama bertemu Adik Sairul adalah di rumah ALLAH, surau Kg Penibong, Pulau Bruit, Sibu, Sarawak. Terakhir berpisah dengannya juga di rumah ALLAH, surau Kg Penuai (rasanya..dah lupa la..hehe). Dan hari ini, ALLAH mempertemukan kami kembai juga di rumahnya, Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Alhamdulillah...


Malam itu, saya menumpang bermalam di rumah al-Fadhil Ustaz Mohd Takiyuddin Bin Ibrahim. Seorang pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Subhanallah, akhlak dan sifatnya yang sangat tawadu' menyebabkan kami cepat mesra. Beliaulah insan yang akan membantu adik2ku ini sehinggalah mereka berlepas ke Universiti Islam Madinah. Semoga ALLAh mempermudahkan segala urusan mereka dan mengurniakan sebaik2 pembalasan kepada Ustaz Takiyuddin. 


Subuh keesokkannya, kami sama-sama menunaikan solat subuh berjamaah di Masjid al-Ubudiyah Seksyen 19, Shah Alam. Usai solat Subuh, Ustaz Takiyuddin menyampaikan kuliah bulanan beliau tentang ciri2 & sifat2 orang munafiq melalui pentafsiran awal surah al-Baqarah. Subhanallah....


 (sebenarnya, banyak nak tulis..hehe..tapi, nantla sambung...hehe.. tengok2 je picture kat bawah nie dulu ye.... to be continue....huhu...)









Monday, March 5, 2012

~Adikku, Guru KAFA~

    • salam bg...
    • adk dpat jdi guru kafa..
    • hihik
    • Salam.... Alhmdulillah... Jd ustaz la ye lepas nie... Huhu
    • Barakallah adeqku...




    • alhamdulillah..
    • cm tu la gaya nyer..
    • hihih
    • syukur bnyak2..
    • Trima kasih brkongsi brita gembra ni sm abg...
    • Nant mgajar dgn amanh & tgjwab ya..
    • Krn mdidik bukn skadar 'kerja'...
    • yer..huhuhu..sm2..
    • yer...
    • makaseh..
    • yer bg...thu...sbab tu kan sm mcm tgas pngawas....kan??
    • Plg susah, apa yg kita ajar, kita jg nk sama2 amlkn...
    • pngawas bkan nye stakat pngawas...tp pmimpin..
    • huhu
    • Krn itu, ingatlah, Kdg kita tahu,kita ajar pd org lain, tp kita x aml...
    • Takutilh Allah d mn shj kita berada.. Insya'Allah...
    • Smg Allah mudhkn sgalany utk kita...
    • Aaminn.






    • amin bg...
    • adk akan ingat..
    • insyaallah..
    • Kalo ada pape yg adik rs adik nk tahu.. Especially, on how to teach the pupils, adeq can ask abg ye... Huhu
    • yer bg...
    • makaseh...
    • Abg sntiasa brsedia utk bantu adeq abg sorg nie..



    • huhu..
    • yer bg..
    • nanti kalo da mslah adeq bgtau abg k..
Wahai adikku, sebagai orang yang memperjuangkan dakwah, ingatilah...

"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui."

Sunday, March 4, 2012

GooD Luck!

Awal pagi tadi (4 Mac 2012), tepatnya jam 9:49am, aku menerima panggilan daripada no. 039056xxxx. "Assalamu'alaikum Ustaz!". "Wa'alaikumussalam...". Mendengarkan suara itu, aku sudah dapat meneka siapa di hujung talian... =) Nazmi rupanya. Aku agak terkejut kerana tiba-tiba dia menelefon aku sedangkan aku tahu dia di MTD. Jadi, macam mustahil dia boleh buat panggilan. Selepas bertanya khabar, dia bagitahu yang hari ini, programnya cuma gotong-royong. Tak perlu angkut air. Kenapa? Katanya memang selalu tidak ada air di sana. Macam-macam. Kemudian, dia mengingatkan aku kembali bahawa dia akan menduduki peperiksaan pertamanya di sana. Dan dia meminta aku mendoakan untuknya. Kataku, "Insya'ALLAH, ustaz akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Nazmi". Katanya, di sana susah sikit nak study (ulangkaji) sebab jadual terlalu pack. Maklumla, Maktab Tentera kan... Kemudian, dia minta aku sampaikan salamnya pada kawan2nya yang aku kenal juga kepada Sir Safiezal, guru English nya yang juga sahabat seperjuanganku di medan Dakwah. Insya'ALLAH... Kami akhiri perbualan juga dengan ucapan salam.

Esok, 5 Mac 2012, Nazmi akan menduduki peperiksaan, semoga dia dan kawan2nya yang lain akan dapat menjawab soalan dengan baik dan berjaya dalam semua yang mereka lakukan. Bitaufiq wannajjah fil imtihan. Allahumma aaaminnn.....

Saturday, March 3, 2012

FirdauS..~

Hampir jam 7 petang tadi, kedengaran di luar pintu ucapan salam... Assalamu'alaikum...
Salam kusambut, Wa'alaikumussalam wrt.... Melihatkan di luar, anakku.... =)
~FirdauS...~



Kubertanya tentang khabarnya sekarang..kerana, sebenarnya sudah lama ku tidak berjumpa dengannya. Dia di tingkatan 3 sekarang ni. Semoga ALLAH mempermudahkan jalan baginya dalam menimba ilmu... 

~Thanks to ALLAH for the UKHUWAH~