Friday, August 14, 2009




Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku mulakan coretan ini dengan kalimah yang mulia, pujian teragung buat Pencipta 7 petala langit dan bumi serta segala apa yang ada di antara keduanya. Dialah ALLAH Yang Maha Berkuasa mencipta segala sesuatu dan mentadbir dengan sempurna segala ciptaanNYA. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., insan mulia kekasih ALLAH. Menjadi ikutan sepanjang perjalanan dalam sebuah kehidupan sementara di dunia yang fana, bagi menempuh kehidupan panjang di akhirat abadi. Salam sayang, salam ukhuwah fillah buat semua yang mengenali diri ini...




Saat ini, 'anak2' ku sedang lena diulik mimpi... =) Kepenatan barangkali... ye la... sampai lewat malam siapkan kerja rumah... Tapi, itu pun masih belum siap... Besok pagi, terpaksala aku berkeras dengan mereka untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan juga... kerana, lusa sudah mula sekolah... Yang sedang tidur, Yusuf dan Aniq... Firdaus aku telah hantar pulang lewat jam 11 tadi... Dia kurang sihat, panas badannya... Tapi, aku sudah berinya makan ubat... Mudah-mudahan dengan izinNYa, panasnya akan berkurangan... Saat2 sekarang ini, aku risau juga kalau ada anak2ku yang demam atau kurang sihat... Minggu hadapan, bermula hari selasa, mereka ada ujian bulanan... Apatah lagi, tinggal tidak lebih 25 hari sahaja lagi, anak2 ku ini akan menduduki UPSR...




"Ya ALLAH, kurniakanlah kepada semua anak2ku juga kepada kami kesihatan yang baik... Sama ada daripada segi fizikal mahupun rohaninya... Semoga dengan kesihatan tersebut, maka kami dapat terus beribadah kepadaMu, juga meneruskan kehidupan kami sebagai kalifah ALLAH di dunia ini... Berikanlah kepada anak2ku ingatan yang baik, hafalan yang kuat, akal yang cerdas dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba... Kurniakanlah kepada mereka kejayaan sebagaimana yang mereka impikan... Namun, kami lebih mengharapkan kejayaan kami di akhiratMu... Mendiami Firdausi bersama insan2 yang Engkau redhai... Amin Ya Rabbal 'Alamin..."



Alhamdulillah...saat hampir pukul 1 tadi, aku menelefon adikku, Awang Tarhim. Tak diangkat. Tidur barangkali. Fikirku. Tiba2, selang beberapa minit, ada misscall daripadanya. Aku segera menelefonnya kembali. Rupanya, sangkaanku meleset. Dia sama sekali masih belum tidur. Malah, tengah borak2 sama teman2nya. Aku terlebih dahulu mohon maaf andai panggilanku itu mengganggunya. Ya lah, sudah lewat. Namun, dengan hormat tutur katanya, tidak apa2. Malah, rindu denganku. Aku gembira mendengarnya. Setiap kali aku menghubunginya, pasti itu yang dikatakannya. Sekaligus, soalan 'favourite'nya, "bila lagi bang mahu datang sabah?". Aku ketawa kecil. "Insya'ALLAH, kalau ada rezeki, panjang umur, abg akan ke sana lagi.", jawabku. Tak banyak yang kami bualkan, cuma bertanya khabar dan cerita tentang program masing2 untuk hujung minggu esok serta perkembangan semasa tentang kehidupannya di sana. Panggilan diakhiri dengan ucapan doa dan harapan serta ingatan untuk menjaga amal dan pelajaran.





Awang Tarhim, yang aku lebih selesa memanggilnya 'adik', adalah adik yang aku jumpa saat khuruj di Sabah akhir tahun lepas. Dia tinggal di Kalumpang, Daerah Pitas. Sekarang menuntut di Institut Latihan Dakwah. Walaupun kami cuma bertemu satu hari di masjid Kalumpang, namun ukhuwah yang ALLAH titipkan dalam hati kami sangat utuh. Sampai saat ini pun, rasa rindu dan ingatan kepadanya sangat kuat. Mungkin inilah rahmat kasih ILLAHI bilamana ukhuwah itu dibina atas dasar iman dan taqwa. Ya ALLAH, jadikanlah ukhuwah ini sebagai ikatan yang Engkau redhai dan berkati. Sekiranya perpisahan ini adalah perpisahan tanpa pertemuan untuk kali kedua, aku mohon agar Engkau mempertemukan kami kembali di syurga yang abadi.































Sunday, March 8, 2009

...SALAM MAULIDUR RASUL...

Kasih Sayang Rasulullah
www.iluvislam.com
maCy
editor : IskethaykaL


Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.




Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,


"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."



Jawab Nabi Muhammad saw,


"Aku akan tolong kamu semua."


Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,


"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."



Rasulullah SAW menjawab,


"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."


Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,


" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."


Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,


"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?


Jibrail menjawab,


"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."


Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.


Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

Tuesday, March 3, 2009

~ MTAQ 2009 Kelompok Muadzam Shah ~

Assalamu'alaikum wrt wbt...
Tetiba jer jari2 ini pantas untuk berkongsi lirik lagu nasyid yang bakal didendangkan oleh putera2 tahun 6 SK Muadzam Jaya pada hari esok, 4 Mac 2009 sempena Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kelompok Muadzam Shah yang bakal berlangsung di SK Bukit Ibam... Sebenarnya, hati ini tetiba pula rasa berdebar menanti hari esok... Ntah kenapa... Tapi, biasala kan, kalau dah masuk bertanding tue, mestila berdebar... hehe... Semoga anak2 didikku diberi ketenangan dan keyakinan oleh ALLAH untuk menyampaikan nasyid dengan baik dan sempurna... Aaminn... Kemenangan bukanlah maksud utama, kerana adat bertanding, pasti ada yang menang, pasti juga ada yang kalah... Kalau kejayaan adalah milik kita, alhamdulillah... Kalau kekalahan terpaksa dihadapi, kesabaran dan keredhaan seharusnya menjadi senjata paling ampuh... kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Namun, doa daripada kalian sentiasa kudambakan... =)


Akidah Pemangkin Ummah Madani

Iman adalah asas akidah
Memupuk kesedaran tiap ummah
Islam menjana sahsiah kita
Zahirkan akhlak nan indah

Al-Quran adalah panduan kehidupan
Membimbing diri agar berpegangan
Rasulullah rasul sebaik ikutan
Agar sunnah itu jadi amalan

Wahai rakan wahai teman
Dengar sini sekadar renungan
Kadang terlupa kerana kita insan
Orang Mukmin cintakan peringatan

Dengarlah...
Dengar...(3x)

Allah...Allah...Allahu...Allah... (2x)

Iman adalah asas akidah
Memupuk kesedaran tiap ummah
Islam menjana sahsiah kita
Zahirkan akhlak nan indah

Al-Quran adalah panduan kehidupan
Membimbing diri agar berpegangan
Rasulullah rasul sebaik ikutan
Agar sunnah itu jadi amalan

Ayuhlah taulan kuatkan keimanan
Bersama bersatu berpimpin tangan
Menjana jati diri cemerlang
Membentuk ummah madani terbilang

Hapuskan persengketaan jauhi permusuhan
Berjuang tegakkan agama Islam
Menentang segala kejahilan dan kemungkaran
Ummah madani terus gemilang

Dengarkan wahai teman
Islam Hadhari penjana wawasan
Minda bestari berjiwa ketaqwaan
Masyarakat madani kecintaan Tuhan

Dengarlah...
Dengar...(3x)

Lirik : En. Muhammad Amin B Sa’adon SKMJ
Lagu : En. Muhammad Amin B Sa’adon SKMJ


Hijrah

Tercipta dalam lembaran sejarah
Lahir ke dunia seorang insan mulia
Dipelihara dari segala dosa
Pembawa rahmat di pelosok dunia

Penghijrahan dari Mekah ke Madinah
Menjadi titik permulaannya
Menyaksikan segala perubahan
Islam disebar mencegah kemungkaran

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah
Menjadi ikutan semua manusia
Tiada lagi wujudnya penindasan
Maka terciptalah perpaduan mulia

Bersatu puak Muhajirin dan Ansar
Di bawah payung Islam agama jitu
Bergerak insan menuju kejayaan
Hadis dan al-Quran sebagai panduan

Penghijrahan dari Mekah ke Madinah
Menjadi titik permulaannya
Menyaksikan segala perubahan
Islam disebar mencegah kemungkaran

Marilah umat Islam masa kini
Sedarlah dirimu dari alunan mimpi
Jadikan perjuangan Rasulullah
Bagai teras pembela maruah agama kita

Tercipta dalam lembaran sejarah
Lahir ke dunia seorang insan mulia
Dipelihara dari segala dosa
Pembawa rahmat di pelosok dunia

Bersatu puak Muhajirin dan Ansar
Di bawah payung Islam agama jitu
Bergerak insan menuju kejayaan
Hadis dan al-Quran sebagai panduan


Lirik : Pn. Zaherah Binti Hj Md Nor SKMJ
Lagu : Pn. Zaherah Binti Hj Md Nor SKMJ