Wednesday, June 16, 2010

Sayangku...
Walau matamu tak pernah kutentang
Walau wajahmu mulia terpelihara
Walau kita tak pernah bersua
Apatah lagi menutur bicara...

Kerana....semuanya kita lakukan
Demi syariat yang terjaga
Demi agama yang dijunjung
Demi Rasul yang menjadi ikutan
Demi Allah yang kita sayang...

Kita sedar...
Dengan ketaatan akan adanya keberkatan
Dengan kepatuhan akan adanya keredhaan
Dengan penjagaan akan adanya kemuliaan
Itulah hikmah yang Dia janjikan...

Sayangku...
Majlis khitbah berlalu sudah
Termeterai janji terikat dua hati
Kini tiba pula walimah mulia
Dengan akad bakal disatu...

Semoga mahligai terbina indah
Bersama mawaddah dan rahmah
Semoga lahir zuriat berperibadi gah
Memperjuangkan Islam di jalan dakwah...

Ya ALLAH...
Engkau Maha Mengetahui segalanya yang terbaik buat kami...
Maka,
Jadikanlah kami hambaMu yang redha dan sabar atas ketentuan daripadaMu Rabbi
Jadikanlah kami hambaMu yang melihat pada setiap hikmah yang tersembunyi
Jadikanlah kami hambaMu yang taat berbakti...
Pada ibu bapa, keluarga, negara dan agama yang suci!

Ya Rahman Ya Rahim,
Restuilah ikatan ini...
Sebagaimana restuMu pada Rasulullah (s.a.w.) dan Khadijah (r.ha)
Kekalkanlah cinta kami demi cinta kepadaMu Illahi
Hingga ke akhirnya ke syurga firdausi...

Nukilan hati,
~Pengemis Cinta Illahi, Perindu Syahid Abadi~
100610 12:30 PM KUANTAN