Monday, August 15, 2011

Tinta Ramadhan




~Hari ini sudah masuk hari yang ke 16 di bulan Ramadhan al Mubarak... bererti sudah sebanyak bilangan hari itu juga kita sudah menunaikan ibadah puasa, berbuka dan bersahur, seterusnya beribadah malam iaitu bertarawih di surau-surau atau di masjid-masjid, rumah ALLAH yang mulia di muka alam ini.... Namun, di malam ke 16 di suatu surau yang biasa kuhadiri untuk menunaikan solat 'isyak berjemaah seterusnya bertarawih, bilangan jemaahnya sudah banyak yang berkurangan... diri ini tidak terkejut dengan perubahan mendadak yang berlaku saban tahun ini, tapi kadang terasa sayunya hati hingga kadang kala, bergenang jua air mataku ini... Ya ALLAH, betapa lemahnya iman hamba-hambaMU ini.... Iman kami iman suasana... kerana ramai yang datang ke suarau/masjid, maka kami pun datang...kerana ramai yang bertukar-tukar juadah saat berbuka, maka kami juga menghulurkan sesuatu... kerana ramai yang kusyuk memegang dan mentilawah al-QUran, maka kami juga mengambilnya dan membacanya.... kerana ramai yang bersedeqah dan menderma, maka kami juga berbuat sedemikian... Kerana semua orang puasa, maka kami juga berpuasa... kerana semua orang menjaga akhlak dan diri mereka di bulan ini, maka kami pun melakukan hal yang sama....
Maka persoalannya, kita lakukan semua ini untuk siapa?? Kalian tahu jawapannya... Tepuk dada, tanyalah iman....

Ya ALLAH....di hari yang masih berbaki ini, jadikanlah kami orang yang istiqamah dalam amalnya... Berpuasa, berbuka, bersahur, menghulurkan juadah, bersedeqah, bertadarrus, solat, tarawih dan qiamullail serta segala ibadah yang kami laksanakan, biarlah hanya keranaMU... Terimalah segala amalan ini daripada hambaMU yang penuh dosa ini... dan Berikanlah kami kekuatan dalam melaksanakan segala ibadah kepadaMu bukan hanya pada bulan ini, tapi untuk selamanya sehingga sakaratul maut menjemputku... Ya ALLAH, kami rindukan syurgaMU.... Kami ingin bertemu denganMU... ~ <3 ALLAH

No comments:

Post a Comment