Friday, February 17, 2012

...Al-Fatihah...

     Masihkah Mama dan Ummi ingat saat ini? Hari pertama Amin bertemu dengan Dj Razak setelah beberapa kali hanya mendengar suaranya di corong radio. Kerana hari itu, ukhuwah semakin indah, kami lebih mengenali, lebih kerap bertanya khabar, lebih banyak bertukar bicara... Sehinggalah pada 16 Feb 2012, lebih kurang jam 1:48 pm, panggilan daripada Mak Long Perak mengejutkan saya. Memaklumkan Dj Razak meninggal dunia. Seolah tidak percaya. Saya tergamam. Terasa hilang suara untuk meneruskan perbualan. Panggilan diringkaskan kerana saya juga sedang bermesyuarat.

Sejak panggilan tersebut, terimbau kembali kenangan-kenangan ini. Segera kuperiksa facebook-facebook sahabat-sahabat KJU juga page IKIM.fm untuk kesahihan khabar yang kuterima. Bukan maksudku tidak percaya pada apa yang Mak Long beritahu, cuma aku seolah-olah tidak percaya dengan kehilangannya untuk selamanya. Tapi benarlah firman ALLAH: 

 
قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي ضَرّاً وَلاَ نَفْعاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ إِذَا جَاء أَجَلُهُمْ فَلاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ 
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya". (Yunus: 49)
           





     Maaf... Tidak dapat jemariku meneruskan kalimah-kalimah yang lebih panjang kerana titisan air mata lebih banyak gugur daripada kalimah yang ditaip di sini.


     Semoga ALLAH menempatkan sebaik-baik tempat di sisiNYA kepada arwah Ustaz Dj Razak Arbain.


Al-Fatihah....


p/s:Salam Takziah buat keluarga arwah.



1 comment: