Sunday, March 4, 2012

GooD Luck!

Awal pagi tadi (4 Mac 2012), tepatnya jam 9:49am, aku menerima panggilan daripada no. 039056xxxx. "Assalamu'alaikum Ustaz!". "Wa'alaikumussalam...". Mendengarkan suara itu, aku sudah dapat meneka siapa di hujung talian... =) Nazmi rupanya. Aku agak terkejut kerana tiba-tiba dia menelefon aku sedangkan aku tahu dia di MTD. Jadi, macam mustahil dia boleh buat panggilan. Selepas bertanya khabar, dia bagitahu yang hari ini, programnya cuma gotong-royong. Tak perlu angkut air. Kenapa? Katanya memang selalu tidak ada air di sana. Macam-macam. Kemudian, dia mengingatkan aku kembali bahawa dia akan menduduki peperiksaan pertamanya di sana. Dan dia meminta aku mendoakan untuknya. Kataku, "Insya'ALLAH, ustaz akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Nazmi". Katanya, di sana susah sikit nak study (ulangkaji) sebab jadual terlalu pack. Maklumla, Maktab Tentera kan... Kemudian, dia minta aku sampaikan salamnya pada kawan2nya yang aku kenal juga kepada Sir Safiezal, guru English nya yang juga sahabat seperjuanganku di medan Dakwah. Insya'ALLAH... Kami akhiri perbualan juga dengan ucapan salam.

Esok, 5 Mac 2012, Nazmi akan menduduki peperiksaan, semoga dia dan kawan2nya yang lain akan dapat menjawab soalan dengan baik dan berjaya dalam semua yang mereka lakukan. Bitaufiq wannajjah fil imtihan. Allahumma aaaminnn.....

No comments:

Post a Comment