Sunday, March 18, 2012

~Rehlah Mahabbah~

24hb Februari (jumaat), safarku bermula lagi. Memulakan perjalanan agak lewat selepas makan tengah hari (waktu masih pagi sebenarnya waktu tue.. =). Alhmdulillah..berhenti untuk solat Jumaat & jama' bersama solat 'Asar di Masjid Sultan Muhriz, Bandar Sri Jempol. Kereta saya paling awal tiba di perkarangan masjid. Waktu tu masih awal, jadi sempat juga kailullah... Subhanallah...



Meneruskan safarku ke Kuala Lumpur. Tapi, masih sempat membeli dadih yang dijual di luar pagar masjid. Alhamdulillah...
Akhirnya, aku tiba di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Menanti & menunggu adikku, Sairul yang sudah lebih 2 tahun tidak berjumpa kerana terpisah dek jarak dan waktu. Terimbau aku pada kenangan lalu... Kali pertama bertemu Adik Sairul adalah di rumah ALLAH, surau Kg Penibong, Pulau Bruit, Sibu, Sarawak. Terakhir berpisah dengannya juga di rumah ALLAH, surau Kg Penuai (rasanya..dah lupa la..hehe). Dan hari ini, ALLAH mempertemukan kami kembai juga di rumahnya, Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Alhamdulillah...


Malam itu, saya menumpang bermalam di rumah al-Fadhil Ustaz Mohd Takiyuddin Bin Ibrahim. Seorang pensyarah kanan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Subhanallah, akhlak dan sifatnya yang sangat tawadu' menyebabkan kami cepat mesra. Beliaulah insan yang akan membantu adik2ku ini sehinggalah mereka berlepas ke Universiti Islam Madinah. Semoga ALLAh mempermudahkan segala urusan mereka dan mengurniakan sebaik2 pembalasan kepada Ustaz Takiyuddin. 


Subuh keesokkannya, kami sama-sama menunaikan solat subuh berjamaah di Masjid al-Ubudiyah Seksyen 19, Shah Alam. Usai solat Subuh, Ustaz Takiyuddin menyampaikan kuliah bulanan beliau tentang ciri2 & sifat2 orang munafiq melalui pentafsiran awal surah al-Baqarah. Subhanallah....


 (sebenarnya, banyak nak tulis..hehe..tapi, nantla sambung...hehe.. tengok2 je picture kat bawah nie dulu ye.... to be continue....huhu...)









No comments:

Post a Comment